My guest book,please sign in

Followers

Wednesday, May 11, 2011

Semalam saya berjumpa seorang ibu di kedai makan semasa saya bersarapan.Saya menegur dan mengajak dia makan.Sambil itu berbual-bual.Dia bercerita tentang keadaan dia dan anak-anak.Menantu lelaki tidak menghormati dia dan diikuti oleh anak perempuannya pada hal mereka tinggal serumah.Setiap pagi anak dan menantu akan ke pejabat bersama- sama selepas menghantar anak-anak ke sekolah.Cucu-cucu akan pulang ke rumah waktu tengah hari.Dia yang menyediakan makan minum tiga orang cucu.Waktu petang anak dan menantu pulang dari kerja dan terus mengambil anak-anak ke rumah bisannya yang jauh nya 8 KM dari rumahnya.Mereka akan makan malam di rumah bisannya dan akan pulang apabila anak-anak telah mengantuk.Rutin itu berjalan sudah beberapa tahun.Menantu lelakinya tidak pernah menegur sapa mentuanya.Anak perempuannya juga tidak pernah mengambil tahu hal ibu.Pakaian anak beranak itu di basuh oleh ibu tua ini.Saya jadi hairan betapa "biadabnya" menantu yang saya ceritakan....apakah dosa ibu ini melahirkan anak yang begini.Saya kenal dengan dia.....mempunyai seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.Anak lelakinya bekerja sendiri dan tinggal dengan ibunya.Tiga anak perempuannya mempunyai kerjaya yang baik-baik tetapi hanya seorang ini yang tinggal bersama ibunya,yang lain jauh di seberang.lbu ini juga mempunyai beberapa buah rumah sewa dan mendapat pencen tinggalan suaminya.Duit rumah sewa dibahagikan bersama keempat anak-anaknya.Jika tidak akan jadi "perang sabil"antara dia dan anak-anak.Kebencian anak-anak bermula apabila ibu ini mendapat pencen "suaminya" yang tidak seberapa. Mereka menghukum dia untuk tidak menggunakan wang dari hasil sewaan rumah peninggalan suaminya, sedangkan dia yang mengutip sewa,dia yang membaiki kerosakan rumah-rumah itu dan membayar hasil pintu. Apakah pendidikan yang mereka terima dari sekolah rendah hingga ke universiti belum melayakkan mereka untuk berfikir secara normal,atau terlebih pandaikah mereka dari ibu yang hanya lulus darjah 6 dan membolehkan mereka bersikap biadap itu?lbu ini keseorangan apabila di rumah.Dia mengambil keputusan untuk mengaji sesama kawan-kawan di kampungnya.ltupun masanya terbatas kerana menjaga cucu-cucunya yang pulang dari sekolah.YB Sharizat Jalil baru sahaja menyeru untuk anak-anak tidak membiarkan "sindrom sunyi"menimpa ibu-ibu tetapi telah juga menular ke kampung....Hai anak-anak perlakuan kamu di lihat oleh anak-anak kandung kamu.Tidakkah kau percaya bahawa satu hari nanti mereka akan melakukan hal yang sama kepadamu?Apakah engkau rela mempunyai anak yang tidak mengenang budi dan biadab seperti itu?Apalah ertinya laungan ....lagu ibu dipancarkan di media elektronik dan jadi sisipan di media massa jika tiada memberi kesan pun pada manusia yang membacanya........Kepada yang telah melakukan kesilapan terhadap ibumu /mentuamu mohon ampunlah kepadanya sebelum terlambat.Andainya ibumu telah tiada kamu telah terlewat.........masa tak akan dapat diundur kembali.Jika kau kasih kepada ibumu wahai menantu ibu ini,kasihlah juga kepada mentuamu.Tidak rugi kalau kau mengasehi dan menghormatinya.....Allah akan merahmati hidupmu kerana itu ajaran agama kita.......

No comments:

Post a Comment