My guest book,please sign in

Followers

Tuesday, April 13, 2010

Buang bayi,buang bayi,buang bayi.Lagi cerita buang bayi.Sekian kalinya kita pun mencurah-curah mengatakan bahawa perbuatan itu tidak bertamaddun.Semua orang mengecam perkara itu tetapi ianya terus terjadi.

Kita semua bertanggung jawab supaya perkara itu tidak terjadi.Kita mesti mengelakkan
dan menghalang terjadinya termengandung diluar nikah.

Seseorang perempuan itu tidak akan mengandung jika dia tidak melakukan hubungan intim (hubunga kelamin = sex)dengan pasangannya yang lelaki.lnilah kesedaran yang perlu ada pada orang perempuan.

Perlu dididik anak-anak perempuan tidak berleluasa bebas keluar dari rumah,berkaraoke
berpesta,berclubing,minum-minum dengan kawan-kawan,berpoya-poya yang boleh menyebab kan leka akhirnya terpedaya.

Perempuan yang bebas seperti itu akan dipergunakan oleh lelaki yang tidak bertanggung
jawab .Apabila ditinggalkan setelah kehormatan dirobek maruah pun tercemar,buntu keseorangan,malu,terhina dan jalan mudah diambil menggugurkan bayi atau membuangnya apabila dilahirkan.Tanggungannya terletak di atas bahu perempuan itu seorang,yang lelaki lepas bebas ,merdeka tanpa rasa bersalah sekelumitpun atau disalahkan.

Ada masyarakat prihatin,menegur dan membimbing tetapi perempuan yang bebss ini mengketegorikan hidup mereka adalah moden.Moden sehingga selayaknya bagaikan perlaku
an haiwan.

Haiwan mengawan apabila mereka mahu mendapatkan zuriat.Manusia kerana nafsu dan keseronokan.Cara mereka bercinta banyak dapat dilihat di media elektronik dan dapat dibaca di majalah.Bagaikan tiada pantang langsung untuk melakukan hubungan sex.Bagai kan satu kebanggaan apabila dara diserahkan kepada kekasih sebagai tanda cinta tanpa ikatan.

Takkanlah kita hanya berasa kecewa apabila bayi dibuang.Marilah fikirkan cara supaya anak-anak gadis dan anak teruna kita tidak terjerumus dalam kancah yang memualkan ini.Pelihara mereka dari kehinaan,elak dari zina,elak dari buang bayi.

Thursday, April 8, 2010

Kawan,sahabat,saudara mara,kekasih dan suami isteri.Perlukah mempunyai sebab untuk semua itu?.

Ada kawan dan sahabat handai yang berkawan dengan kita kerana tarikan yang tidak boleh dirungkai sebabnya,kerana ia tidak bersebab.Kita berasa untuk berkawan/ber
sahabat dengan dia tiba-tiba apabila kita mendapat peluang berkenalan dengannya dan ikatan itu berterusan sampai bila-bila.

Kasih sayang dan persahabatan kita dan kasih sayang dan persahabatan dia kepada kita akan berterusan tanpa perlu kepada "benda ,sifat dan kelakuan dan percaturan lain" atau sebab yang boleh dinamai untuk mengujudkan persahabatan itu.

Kita boleh menegur dia apabila dia membuat silap atau salah.Tidakkan terasa hati oleh perkataan/teguran atau perlakuan kita terhadapnya kerana dia faham apa yang kita maksudkan.Begitu juga sebaliknya.

Memahami duka lara kita tatkala kita meluahkan perasaan kepadanya walaupun dia bukan penyebab luka lara kita itu.Tidaklah pula dia mempermain-mainkan alunan perasaan yang tersebar itu kepadanya dan dia tidak menyalahkan kita kerana musibah itu,sebab dia sahabat sejati kita.

Ketika kita berbahagia dia tumpang berbahagia untuk kita ,tidaklah dia berasa "iri hati" dengan kebahagiaan tersebut walaupun mungkin dia tidak dapat mengecap kebahagian seperti itu.

Mungkinkah semua kawan atau sahabat itu berupa seperti itu?.Kita pernah ketemu kawan/sahabat yang sukakan kita kerana kita "berduit".Boleh belanja dia bila-bila sahaja tatkala berpergian.Boleh meminjam bila-bila masa tetapi membayarnya akan jadi masalah.

Ada yang sukakan kita kerana kedudukan suami kita yang ada "standard".Menumpang populariti sang suami.

Ada yang sukakan kita kerana kita "rajin menjamu" kekawan/sahabat tidak mengira masa sepanjang hari,minggu,bulan dan tahun.

Ada 1001 lagi sebab kenapa kita menjadi pilihan untuk menjadi kawan/sahabat pada seseorang.Ada sahabat musim buah iaitu ketika musim mangga,manggis,durian atau rambutan dan sebagainya,.

Jikalau persahabatan terjadi oleh penyebab yang tertentu maka tidak hairanlah jika berlaku putusnya ikatan persahabatan itu tatkala penyebab-penyebab utama itu telah hilang atau luput kerana kehidupan manusia itu seperti roda ,ada naik dan turunnya dan seperti juga air yang ada ketika pasang dan surutnya.

Mestikah persahabatan itu dilandaskan kepada sebab tertentu? Tidak bolehkah ber
sahabat kerana fitrah manusia untuk menjalinkan silaturrahim seperti anjuran Agama lslam dan

Sunday, April 4, 2010

Poligami? salahkah poligami? memang tidak pernah salah mengamalkan poligami.Allah telah menetapkan bahawa poligami itu dibolehkan bukan diwajibkan setelah beberapa perkara dipertimbangkan.Bahawa seorang lelaki itu mempunyai kemampuan dari segi zahir dan batin, mampu berlaku adil dalam kehidupannya dan yang paling wajib dia seorang yang berilmu terutama dalam bidang agama.

Masalahnya ramai lelaki apabila berpoligami biasanya mengambil jalan mudah dengan menikahi isteri yang baru tanpa pengetahuan isterinya yang lain.Mereka sanggup menikah lain secara rahsia di mana-mana terutama di Siam untuk mengelakkan isteri tahu akan perlakuan tersebut.Rahsia akan terbongkar apabila tiba masa untuk berbagi giliran terhadap isteri-isteri setelah berbohong sekian-sekian lama.

Kenapa mesti menipu dan berbohong? Kenapa memperlekeh diri terhadap isteri dan anak- anak.Kenapa tidak berterus terang kepada isteri dan anak-anak? Kenapa mesti takut mengakui bahawa cinta telah tercipta juga untuk orang lain dan bukan diperuntukkan kepada seorang isteri sahaja.Maknanya suami itu tidak jujur pada dirinya sendiri apa lagi pada orang lain.Dia mementingkan dirinya sendiri.

Ada yang menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk melukai hati isteri dengan memberi
tahu akan kehendaknya menikah lagi.Apakah dengan menyembunyikan pernikahan itu dan di ketahui melalui orang lain itu tidak melukakan hati isteri?.Sudah menjadi lumrah manusia berita sejengkal menjadi seela dan dengan tambahan-tambahan penceritaan itu lah yang menyebabkan jantung isteri boleh putus masa itu juga.Mana mungkin isteri tidak marah dan berduka apabila berita tersebut sampai padanya.

Kebanyakan isteri tidak dapat menerima jika dimadukan,kerana tidak pernah dididik untuk menerima keadaan yang demikian.Hanya segelintir yang dapat menerima hakikat bermadu itu,itupun yang mempunyai ilmu agama yang kukuh.Punya suami yang juga punya ilmu agama yang kukuh,dapat membimbing isteri dan anak-anak dengan sempurna,mampu dari segala hal,dari segi tanggungjawab duniawi dan akhirat.

lsteri sentiasa memikirkan bahawa dia tidak sempurna atau tidak dicintai lagi apa
bila di madukan.Tidak tercapai pada fikirannya bahawa cinta seorang lelaki itu seperti sebuah lautan yang luas,kapal,bot,feri,sampan,perahu,kapal selam pun boleh masuk kedalamnya.ltulah fitrah lelaki boleh mencintai sebanyak-banyak wanita yang dikehendakinya dan lslam telah membolehkan menikahi empat orang isteri.

Allah telah menetapkan boleh beristeri hingga empat jika mampu tetapi bukan di jalankan secara rahsia dan tidak adil.Setiap isteri ada hak bersama dengan suami sama ada masa siang atau malam.Bukan bermakna bila beristeri baru ,isteri lama tidak dipedulikan lagi,tanpa nafkah,tanpa perhatian dan tiada hak bermalam.ltu memang tidak
adil.Kerana inilah ramai isteri yang menolak untuk dimadukan kerana cerita ketidak adilan pihak si suami kerap terdengar dan terlihat di mana-mana.

Memanglah biasanya isteri baru mendominenkan si suami kerana dia baru.Boleh merengek meminta itu dan ini,tetapi sebagai seorang isteri yang berkongsi suami dengan isteri lain dia harus sedar diri dan berusaha untuk memenuhi kuota berkongsi.Apa rasanya apabila satu masa nanti dia juga akan dimadukan.Pernah terjadi isteri kedua meminta cerai selapas dia dimadukan.Tak sanggup dia dimadukan sedangkan dia sendiri menjadi madu orang lain.Kenapa tidak dia juga menerima madunya seperti redanya simadu pertama
menerima dia seadanya.

Wahai isteri-isteri yang bermadu.Terimalah hakikat bahawa kamu dimadukan.Allah Melihat dan Mengetahui apa yang kamu lalui.Banyakkan sabar, jangan mendominenkan suami untuk kamu seorang,jangan meminta yang bukan-bukan ,jangan cuba menguasai suami untuk kamu sendiri,bersolat wajib dan solat sunat.Hormati madu-madu kamu ikut hiraki yang betul.lkut saluran yang betul untuk mengadu (Pejabat Agama dll).Jangan ikutkan hati dan rasa.Peringatkan suami yang tergelincir dari landasan keadilan dan tetap taat kepadanya jika dia tidak membuatkan kamu mensyirikkan Alllah.Didiklah anak-anak kamu sebaik-baiknya menjadi anak soleh dan solehah.

Wahai suami yang mengamalkan poligami.Sesungguhnya engkau telah menggunakan kurniaan
Allah yang istimewa kepada kamu.Tanggungjawab kamu juga istimewa.Bukan sekadar memberi makan,minum,pelajaran,bahkan bimbingan dalam agama juga terletak pada kamu terhadap isteri-isteri dan anak-anak.Kegagalan kamu akan terbawa ke akhirat dan balasan Allah amatlah berat.lngat dan lngat.Kalau terlepas di dunia maka tentulah di akhirat balasannya pula.

Kalau ada banyak anak dan isteri,
Kasih sayang,cinta ,hormat menghormati,
Keadilan dalam hidup mestilah diberi,
Barulah aman didunia ,di akhirat juga nanti.