My guest book,please sign in

Followers

Monday, May 10, 2010

Semalam hari Ahad,kebanyakan orang mengucapkan Selamat Hari lbu terutama anak-anak yang prihatin kepada ibu-ibu.

Seorang Es menelefon.Suaranya serak dan tersekat-sekat.Saya menyangkakan dia tidak sihat.Rupanya tidak.Dia dihinggapi emosi.Dia menangis kerana tidak seorang anaknya pun yang teringat untuk mengucapkan Selamat Hari lbu kepadanya.

Pada pandangan mata kasar Es tidak kekurangan satu apa pun.Dia sentiasa aktif,ceria,
pandai bergaul dan sentiasa memberi nasihat kepada yang memerlukan.

Kata Es,memang dia mempunyai pendapatan sebanyak 3K sebulan.Duit itu tak pernah habis digunakan bersama dua beranak.Dia dan seorang anak perempuannya yang tidak sihat.

Duit bulanan itu diberikan oleh tiga orang anak lelakinya yang berjaya dalam kerjaya, tetapi mereka tidak pernah menjenguk beliau walaupun rumah mereka jaraknya cuma 1 KM dari rumah Es.

Anak lelakinya marah kerana Es menanggung anak perempuannya itu.Mereka berasa adik perempuan itu sakit kerana meminta simpati dan perhatian.

Es cuba menerangkan bahawa tanggapan itu salah kerana memang adik mereka sakit dan disahkan oleh doktor pakar.

Anak perempuan itu sekarang boleh "dijinakkan" apabila memakan ubat yang diberikan oleh doktor setelah bertahun-tahun Es berubat dengan bomoh dan dukun.

Anak perempuan Es tinggal bersamanya dan tidak bekerja.Es tidak membenarkan dia bekerja setelah dia berhenti dari pekerjaannya selepas dia sakit.Es bimbang kalau dia bekerja rutin memakan ubat akan terganggu dan mungkin dia sakit kembali.

Abang-abangnya tidak menunjukkan simpati bahkan menjauhkan diri cuma duit dimasukkan ke dalam akaun Es setiap bulan seribu seorang.

Es menerima segala dugaan itu dengan redha tetapi sebagai manusia kekadang dia amat terasa apabila ada kawannya mengatakan tentulah dia malu mempunyai anak yang sakit seperti itu.

Es tidak berasa malu dengan keadaan yang menimpai dirinya dan anak perempuan seorang itu tetapi Es kecewa dengan sikap anak lelakinya yang sepatutnya bertanggungjawab bersama-sama menjaga adik yang seorang itu dan sikap sebahagian kawan yang mencemuh dirinya.

Bila merujuk kepada suaminya,Es ketawa kecil.Baginya suaminya telah lama mati.Mati akal.Es tidak mahu bercerita lanjut tentang suaminya.Takut dia dianggap derhaka dan menambah dosa.

Es memohon maaf sudahnya apabila dia telah mengambil masaku untuk berbicara.katanya aku boleh menerima semua itu dengan tenang dan penuh pengertian.Dan dia terasa amat lega apabila dapat mencurahkan rasa hati itu kepadaku.

Wahai semua anak-anak yang membaca,bukan wang,harta dan kemewahan yang terlampau diperlukan seorang ibu.Kasih sayang,perhatian,ambil berat itulah keperluan yang utama.

Sebanyak mana kamu mengambil berat,bertanya khabar,menjenguk ibu anda dalam seminggu,
bulan dan tahun.Jika kamu mempunyai anak yang tidak pedulikan kamu,tidak mengambil berat dan menjenguk kamu,kamu redhakah terjadi begitu atau bagi kamu kamu banyak wang dan boleh membeli kebahagian dan kesentosaan kamu.Fikirkanlah.

Saturday, May 1, 2010

Hari ibu

Selamat Hari Ibu! Hari Ahad minggu kedua pada Bulan Mei ialah hari ibu seluruh dunia ini.Ada negara yang bercuti pada hari tersebut untuk memberikan penghormatan kepada ibu-ibu.

Ada yang menyambutnya dirumah.Sekarang lebih banyak meraikan di hotel-hotel kerana banyak kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel.Ada pertunjukan,drama,nyanyian dan sebagainya untuk menyerikan hari ibu tersebut.

Berapa ramai yang sebenarnya meraikan ibu mereka? Cukupkah sekadar memberikan sekuntum bunga mawar,sekeping kad yang dihias cantik,membawa emak makan-makan pada hari ibu? Selain dari hari itu ibu keseorangan di rumah pada setiap pagi sehingga tiba malam untuk melelapkan mata.

Ada juga ibu-ibu yang jadi "babu" untuk mengasuh cucu-cucu tanpa gaji.Sudahlah pada masa musdanya dia telah mengasuh anak-anak sendiri dan apabila masa tuanya dia terpaksa pula mengasuh cucu-cucu tanpa ada pilihan.

Apakah kasih sayang seorang anak itu hanyalah terpancar apabila tiba hari ibu?Pada hal kasih sayang dan cinta kepada ibu maupun bapa berjalan seiringan dengan hembusan nafas yang kita lakukan setiap detik dan saat.Tidak akan ada putusnya kasih sayang,
cinta kepada ibu dan bapa.

Tiada susahnya menunjukkkan kasih sayang,cinta kita kepada ibu bapa.Tanyalah khabar dan jenguk mereka setiap pagi sebelum kita pergi kerja.Jika jauh telefonlah,sekarang
kemudahan amat banyak.Pastikan kesihatan mereka terjaga,bawalah ke hospital kelinikke
kalau mereka kurang sihat.Makan pakai mereka mencukupi,janganlah sampai CD(seluar dalam )pun kena merungut dulu baharu nak dibeli ataupun anak-anak melaram bukan main tetapi ibu bapa pakai baju lusuh hingga tak nampak rupa.

Tak payahlah hendak membawa ibu bapa anda meraikan hari ibu di hotel-hotel atau restauran kalau anda tidak mampu melakukannya.Kasih sayang anda bukan semata-mata terletak hanya kerana anda meraikan hari ibu tersebut bersama ibu bapa sekali dalam setahun itu sahaja.Kasih sayang berpanjangan tiada hentinya dengan perlakuan anda
mengambil tahu,mengambil berat,bertanggung jawab ,memahami dan mengasehi dan meng
hormati.

lbu bapa lebih terasa dikasehi dengan perlakuan anda.Bertanya khabar,berbual sewaktu petang dan malam.Menonton TV bersama-sama,makan bersama,bermain bersama anak dan cucu.Jika hidup bersama serumah.Mereka akan merasa amat bahagia.

Jika jauh.Pastikan bertanya khabar dan ada orang yang boleh diharapkan untuk melihat
dan menjaga mereka. Pulanglah melawat mereka sebelum timbulnya rasa rindu kepada anda.Janganlah sampai ibu bapa anda terlantar sakit barulah hendak ambil tahu atau pun sesudah mereka menutup mata.

Sesibuk manapun anda pastikanlah bahawa anda tidak memerintah dunia hingga tiada masa untuk menelefon walaupun mungkin tidak dapat pulang menjenguk ibu bapa sehari-
hari tetapi mungkin seminggu sekali atau sebulan sekali kerana anda tidak bertugas memerintah dunia.

Tunjukkanlah kasih sayang anda sekarang sekiranya anda masih mempunyai ibu bapa.
Selagi mereka masih menghirup nafas di muka bumi ini.Kalaupun ibu bapa anda bukan orang yang pandai melahirkan kasih sayang dengan menunjukkannya kepada anda,meraka memang mengasihi,mencintai anda kerana telah memelihara anda hingga dewasa dan telah memberi peluang anda hidup,bersekolah,berkeluarga dan berjaya.Jangan ingat anda berjaya kerana anda melainkan diiringi doa ibu dan bapa anda.

Syurga di bawah telapak kaki ibu.Kasehilah,cintailah ibu bapa anda sepanjang hidup anda.Anda akan mendapat berkatnya.lnsyaAllah.