My guest book,please sign in

Followers

Thursday, July 1, 2010

Pagi tadi kami berlima wanita dewasa berkumpul di rumah seorang sahabat.Kami duduk bersembang di suatu tempat yang teduh,nyaman dan tenang kerana lama sudah kami tidak berkumpul bertanya khabar.Tujuannya juga untuk menghiburkan hati seorang sahabat yang baru sahaja bergelar ibu tunggal kerana kematian suami.
Berbual rancak tentang keadaan diri masing-masing.Ada khabar duka ,ada khabar duka.
Tiba-tiba Kak Es bersuara sambil menunjukkkan kepada akhbar Metro keluaran hari "Rabu".Saya kalau masih muda dan berumur 30 tahun saya akan mengambil semua anak-
anak yang dibuang ini dan akan saya pelihara.Sayangnya saya sudah tidak cukup masa dah untuk memelihara anak ini kak.
Kawan-kawan yang berempat berpaling kepadanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
Sungguhlah Es ,kesian pada anak yang tidak berdosa ini.Makin banyak kes orang buang bayi sekarang ini.Bagaikan satu wabak penyakit!.
Kak El berkata.Perempuan sekarang tidak mempunyai perasaan malu dan takut sedikit pun.Mereka senang-senang menghulurkan "khidmat"sukarela menyerah diri kepada kawan lelaki yang baru sahaja dikenali,sehabis lama pun sebulan.
Kekadang mereka cuma mahu berseronok sahaja tanpa memikirkan akibat dari tindakan mereka.Bila mereka "termengandung" kekasih hati melarikan diri.Hukuman dan sengsara ditanggung oleh "perempuan "seorang.
Kebanyakannya terjadi apabila berjauhan dari ibu bapa.Tinggal menyewa bersama kawan-kawan kerana bekerja atau belajar.Aktiviti mereka berlaku apabila malam menjelang.kata kak El walaupun ada "serang hendap" dari pejabat agama atau dari orang kampung kejadian ini berterusan.......Rasa malu ,berdosa tidak pernah ada di kalangan mereka ini.
Sehingga petang merangkak tiba, kami berlima belum dapat memikirkan cara untuk menyedarkan anak-anak muda lain supaya tidak tergelincir.Kata Kak Es masa dia kecil-kecil dahulu dia takut berbual dekat dengan orang lelaki kerana kata neneknya jika bayang Es tertindih dengan bayang lelaki Es akan beranak walaupun tak kahwin.
Beranak pula sangat sakit kerana perut akan terbelah.
Kata Es dia dan kawan-kawannya menjaga kegadisan mereka sehingga dinikahkan walaupun
dia belajar sehingga SPM,memasuki kolej dan menjadi guru.Penyerahan dirinya kepada lelaki hanyalah kepada suami yang telah dinikahi sehingga kini kerana pengetahuan tentang hubungan sex tidak pernah diketahui dengan nyata semasa muda,jiwanya penuh rasa takut dan malu kepada lelaki walaupun untuk hanya bertindih bayang bukannya bertindih badan.
Sekarang pengetahuan tentang hubungan sex terbuka semuanya melalui majalah,akhbar,
media massa dsb.Seolah-olah hubungan antara lelaki dan wanita itu bukan ada halangan
nya asalkan suka.Pada hal pelajaran sekarang makin tinggi.Apakah hubungan kekeluargaan yang "longgar" menjadi sebab?.Apakah iman telah lari jauh dari hati manusia? Apakah sifat kasih sayang telah melepasi sempadannya? Apakah perasaan malu
telah hilang dalam hati manusia ?
Kata Kak Zek zaman kami pun ada yang bercinta,tetapi sekadar membalas senyum.Jeling menjeling dan tersipu malu bila dipegu-pegukan.Kemudian sabar menunggu apabila ditunangkan selama satu atau dua tahun sebelum disatukan.Tidak terbabas....
tergelincir dari landasan.
Benarkah pelajaran tentang "alat produktif" manusia akan menyebabkan kesedaran tidak berlakunya "masalah" untuk mencuba pada keturunan kita?.Fikirkanlah.
Mudah-mudahan apa yang kita ikhtiarkan akan menjadi! Selamatlah dari menjadi mangsa cinta palsu dan membuang bayi terus-terusan di bumi Malaysia ini.

No comments:

Post a Comment