My guest book,please sign in

Followers

Monday, February 22, 2010

Beberapa hari yang lalu tersiar berita yang sangat mengejutkan!Ada seorang bayi telah dibuang dan kemudiannya dibakar.Tidak tercapai dek akal akan perbuatan terkutuk itu dilakukan oleh manusia di abad yang dikatakan bertamaddun dan moden.
Kalaupun telah melakukan kesilapan,terimalah kesilapan itu dengan memohon ampun kepada yang Maha Esa dan Bertaubat.Biarlah benih cinta itu membesar dan lahirkannya dengan sempurna.Jika masih tidak mahu menerima kedatangannya yang tidak dipinta itu oleh kesilapan yang telah berlaku,berikanlah kepada insan-insan lain yang amat memerlukannya atau serahkan sahaja kepada Kebajikan Maasyarakat.
Berilah peluang kepada bayi itu menikmati hidup di dunia ini.Biarlah dia menghadapi kehidupan yang penuh cabaran dan mungkin dia akan menjadi seorang insan yang beragama dan tidak akan mengulangi kesilapan kedua ibu bapanya.
Bukan tugas manusia mencabut"nyawa" yang lain setelah kesilapan kita lakukan walaupun kita tak dapat menghadapi "cemuhan" masyarakat dan telah memberi malu kepada keluarga.
Membiarkan diri dinikmati oleh lelaki yang kononnya mencintai kita tanpa pernikahan adalah satu dosa.Kemudian membuang benih cinta itu dengan cara paling kejam adalah satu lagi dosa yang besar.
SIAPA RUGI? Perempuan.......Mempercayai lelaki yang "jantan" dan telah mengambil kesempatan atas sifat perempuan yang lemah.
Binatangpun berkahwin.Tetapi kepada manusia perkahwinan itu dimulakan dengan pernikahan. BERNIKAH SEBELUM KAHWIN.
Bernikah dengan cara yang betul! Ada wali:bapa,abang,adik seibu sebapa,abang,
adik sebapa,saudara bapa yang lelaki,datuk sebelah bapa dan saksi.Tentulah pastinya seorang perempuan dan lelaki yang hendak dinikahkan dan juru nikah bertauliah.Bukan boleh kutip mana-mana ahli pertubuhan jadi wali,saksi dan juru nikah.
Pelik! zaman melenium penuh dengan buku,majalah,surat khabar,media masa,internet dan sebagainya masih ada yang terpengaruh dengan perbuatan-perbuatan yang menghalalkan berbagai cara untuk menikah tanpa pengetahuan ibu bapa.
Hendak menuduh tidak berpelajaran.Rata-ratanya dari IPTA. Mustahil!Belajar selama 6 tahun di sekolah rendah,5 tahun di sekolah menengah dan 2 atau 3 tahun di lPTA masih tak faham tentang peraturan agama dan terpengaruh dengan ajaran songsang,ataupun pelajaran yang didapati selama ini hanyalah berpaksikan duniawi sahaja.Untuk lulus cemerlang,kerja baik dan pendapatan yang baik.Lepas itu lupakan ibu bapa kerana dah pandai,dah bijak dan ada kehidupan sendiri.
Sebenarnya anak-anak ini mesti dipantau sepanjang masa sama ada lelaki atau perempuan.Anak lelaki mesti diingatkan dan diajar untuk tidak mudah menggunakan kejantanan mereka membelai mana-mana perempuan yang mudah terlalai oleh pujukan dan rayuan.Bayangkanlah jika perempuan itu ibu,kakak,adik,anak ,cucu dan cicit kamu di nodai dan ditinggalkan.
Anak perempuan pula diajar untuk tidak terlalu bebas bepergian sesama kawan perempuan atau lelaki selain untuk belajar terutama apabila malam.
Jauhi jalan perzinaan.Hindari tempat-tempat ramai yang boleh memudaratkan. Elakkan menghadiri parti-parti dengan majlis tari menari,disko ,kelab malam dan seumpamanya.Nikmati muzik di rumah bersama keluarga ada bapa,ibu dan adik beradik.ltupun berpada-pada (tetapkan masa )untuk berkaraoke.Kekadang sumbang mahram terjadi.Jika tidak tahu menjaga diri dan bersikap terlalu terbuka sebab syaitan selalu mengintai.Habisi masa dengan berzikir,membaca Al Quran dan membaca buku-buku untuk mendapat ilmu.Hadiri majlis ilmu.Kau tidak akan rugi.
Sebagai manusia kita boleh membuat pilihan.Jalan baik/lurus atau jalan yang tidak diRedai.Jadilah manusia yang mampu menguasai diri dengan akal fikiran bukan nafsu.Melawan nafsu lebih berat tanggungannya.
Apabila anak telah baligh,sentiasa bertanya sama ada mereka berkeinginan untuk berkahwin.Tanya dan tanya.lni boleh mengelakkan perbuatan yang tidak munasabah di atas.Mereka tidak membuat dosa,kita tidak malu dan selamat dunia akhirat.Semoga gejala sosial yang kita lihat hari ini akan terhenti.

Monday, February 15, 2010




Cuaca masih terlalu panas di Langkawi,terlalu panas.Tiada hujan langsung yang turun.Cuma pada 7 Februari yang lalu ada tiga titik "nya".Bagaikan nak menari melihat gerimis yang kecil-kecil itu merembas turun tetapi berhenti tiba-tiba.

Lagi terasa bahang panasnya apabila kami "sekeluarga" dari pertubuhan NGO kami seramai 40 orang baru balik dari Cameron Highlands yang iklimnya begitu sejuk.Barulah kita tahu bahawa kurniaan Alllah begitu banyak kepada umatNya. Ada nikmat sejuk dan ada nikmat panas.
Sebenarnya perlulah kita menikmati dan bersyukor dengan apa yang Allah beri.Barulah kita berasa aman ,damai dan bahagia.

Walaupun panas,Langkawi masih dikunjungi oleh pelancong yang tidak putus-putus.Semalam saya tertawa-tawa melayan pelancong yang sama-sama memasuki lif di sebuah hotel.Saya bersikap ramah kerana warna kulit,bentuk wajah dan pakaiannya serupa macam yang saya pakai rupanya mereka dari Siam.Pelatnya pelat Petani,terpegun saya tetapi tetap bersyukor kerana orang dari negeri lain juga berkunjong ke sini.

Pagi tadi saya terkejut melihat ramai kaum Cina memasuki kedai makan kawan saya seorang Melayu.Mengambil makanan dengan bebas dan ceria bersembang.Malahan mereka bergurau dengan kami menanyakan adakah kami juga berhari raya dengan mereka.Saya menjawab ya. (keluarga kami bercampur aduk.Bapa mentua saya dari kaum Cina Siam,ibu mentua saya orang lndia.Saya juga campuran dari kaum Siam dan Jawa.Bahkan bapa dan emak saudara dan sepupu Cina kami masih bersilalatur rahim yang erat dengan kami .Walaupun cerita ini hanya berlegar dalam hati saya sahaja).

Meriah kami bercerita sambil makan dan betapa bersyukornya saya kerana hal ini.Kita hidup dalam bumi Malaysia ini tanpa prasangka,harmoni dan menghormati antara satu dan lain.lnilah salah satu elemen yang menjadi inti 1 Malaysia seperti acuan yang diingini oleh pemimpin kita.

kalaulah tidak ada "pengacau" yang mengambil kesempatan seperti yang ada di sekeliling kita,kita akan terus harmoni,aman damai dan selamat.

Sepatutnya semua orang tidak mengambil jalan pintas yang bahaya untuk faedah "kepartian" mereka.Biarlah penduduk memilih hidup yang aman dan damai tanpa persengketaan yang hendak ditimbulkan.Biarkanlah rakyat hidup dengan cara mereka sendiri.Aman ,damai bebas
dengan cara demokrasi.

Sekarang persiapan sedang rancak dibuat untuk pertandingan "lron Man".Ramai lagilah Langkawi selepas LIMA,pesta air dan pesta candat sotong.Cuma Le Tour de Langkawi sajalah yang tinggal namanya kerana pelumba itu tidak masukpun ke negeri-negeri di Utara seperti Perlis,Kedah dan Perak.Apa lagilah ke Langkawi.Patutnya dah tukar nama jadi Le Tour Tak P Langkawi.Baru betul.