My guest book,please sign in

Followers

Friday, June 18, 2010

Lama sudah tidak menulis dalam blog.Tiba-tiba tiada perasaan untuk menulis.Fikiran buntu.Bagaikan penuh dalam kepala berselirat dengan macam-macam hal.Tiada terpegang punca yang boleh menyelesaikannya.
Apabila bersama anak menantu,adik dan 5 orang cucu bersantai dan bermalam di Pulau Tuba,dan pergi berkelah di Lubok Semilang,menziarah besan dan adik beradik segala yang berselerat itu bagaikan terputus begitu sahaja.Lapang selapangnya.
ltulah nikmat menghargai alam yang dikurniakan Allah dan hubungan silaturrahim antara manusia.Bisa menjernihkan fikiran yang kusut dan rasa yang tidak tenteram.
Menjengah dada akhbar melihat keputusan pertandingan antara pasukan terlihat berita besar tentang perceraian orang-orang besar,kisah bertentangan suami isteri,kisah sikap suami isteri terhadap pasangannya masing-masing membuatkan terfikir lagi apakah manusia tidak lagi mempunyai akal fikiran yang waras.
Perceraian semudahnya seperti membuang baju yang dipakai! Selepas itu anak-anak yang tidak berdosa menjadi mangsa.
Berapa ramai anak-anak yang sengsara,terbiar,rosak jiwa dan perasaan,tercicir persekolahan kerana perceraian ibu dan bapa?Berapa ramai pula yang terbela oleh kita yang berada di dunia ini.Sempatkah kita mengambil tahu tentang makan minum,
kebajikan, pelajaran,perasaan anak-anak tersebut atau kita menganggap itu bukan urusan kita!
Anak-anak ini ada yang berjaya kerana kekuatan,kecekalan ibu atau bapa menjaga/
memelihara mereka,tetapi kebanyakannya sengsara di dalam jiwa yang pastinya memberikan kelukaan yang tidak dapat ditelah oleh orang lain.Kekadang emosi yang tidak stabil ini menyebabkan dia seoang yang tidak memahami perasaan pasangannya. Akibatnya .....rumah tangga terus berantakan dan sejarah berulang lagi.......... dan lagi.Sampai bila ?Mestikah berterusan ibu ,bapa yang tidak peduli pada anak-
anak,anak-anak yang lupa dan derhaka kepada ibu bapa! Nauzubillah!
Apa pandangan anda. Adakah perceraian jalan muktakhir untuk penyelesaian sesuatu dalam rumahtangga ,atau perceraian itu sendiri membawa kepada masalah yang lebih besar lagi?.Antaranya perkara saraan anak,tanggung jawab memelihara anak,perebutan hak penjagaan anak-anak atau anak-anak terus ditinggalkan tanpa penjagaan ibu dan bapa.Pihak ketiga pula yang terkena getahnya seperti nenek yang sudah terlalu tua atau ibu,bapa angkat yang tiada hubungan persaudaraan langsung.