My guest book,please sign in

Followers

Tuesday, December 20, 2011

Menggunakan masa.

Hampir 7 bulan tidak membuka Blog.Kesibukan dengan tugas-tugas harian dan memenuhi masa dengan aktiviti seperti menanam sayur-sayuran dan menternak ayam menyebabkan terlupa sekejap kepada Blog sendiri pun.
Rasa sangat puas hati kerana pokok tomato,cili,dan kangkung sedang membesar dan akan memberikan hasil.Kangkung sudah boleh dibuat sayur.Tomato sedang berbuah dan menantikan tiba masanya masak dan boleh dipetuk.Ada 3 pokok cili yang sedang berbunga. Seandainya kesemua 12 pokok itu berbuah serentak maka hasilnya apabila dipetik tentulah menyeronokkan .
4 ekor ibu ayam telah bertelur.Dalam masa 5 hari telah dapat mengumpulkan 20 biji telur ayam.Rasanya berbaloi sangat menternak ayam.Sekarang sedang mencari ibu ayam kampung untuk ditambah kepada ayam gajah yang saya pelihara.Ayam kampung itu boleh bertelur dan pandai mengeramkan telurnya untuk membiakkan bakanya.
Apabila telah berumur aktiviti seperti ini dapat memenuhkan masa yang bergerak setiap hari.Setiap pagi menyiapkan sarapan dan memberi makan haiwan ternakan,menyiram pokok sayur-sayuran dan tanaman hiasan sekeliling rumah.
Apabila matahari telah terbit membasuh dan menyidai pakaian yang dipakai hari sebelumnya.Mengemas dan membersihkan rumah apabila matahari telah sepenggalah. Tengah hari menyiapkan makanan tengahhari.Selepas Zohor membaca akhbar, majalah dan buku-buku supaya otak tidak beku.
Pada hari-hari tertentu ke kelas Quran dan Tajwid dan kelas Fardhu Ain.Kesempatan ini juga digunakan bertemu dan bertanya khabar kawan-kawan yang seusia.Ada kalanya menghadiri majlis-majlis perkahwinan apabila dijemput.Mengziarahi kawan-kawan, sanak saudara yang sakit dan jika ada kematian.
Masa apabila digunakan sebaiknya memberi manfaat kepada kita.Jika tidak kitalah yang mendapat kerugian semata-mata.Orang-orang lama pasti menggunakan juga masa sebaiknya supaya tidak berasa kosong dan sunyi walaupun hidup seorang diri.....

No comments:

Post a Comment