My guest book,please sign in

Followers

Sunday, April 4, 2010

Poligami? salahkah poligami? memang tidak pernah salah mengamalkan poligami.Allah telah menetapkan bahawa poligami itu dibolehkan bukan diwajibkan setelah beberapa perkara dipertimbangkan.Bahawa seorang lelaki itu mempunyai kemampuan dari segi zahir dan batin, mampu berlaku adil dalam kehidupannya dan yang paling wajib dia seorang yang berilmu terutama dalam bidang agama.

Masalahnya ramai lelaki apabila berpoligami biasanya mengambil jalan mudah dengan menikahi isteri yang baru tanpa pengetahuan isterinya yang lain.Mereka sanggup menikah lain secara rahsia di mana-mana terutama di Siam untuk mengelakkan isteri tahu akan perlakuan tersebut.Rahsia akan terbongkar apabila tiba masa untuk berbagi giliran terhadap isteri-isteri setelah berbohong sekian-sekian lama.

Kenapa mesti menipu dan berbohong? Kenapa memperlekeh diri terhadap isteri dan anak- anak.Kenapa tidak berterus terang kepada isteri dan anak-anak? Kenapa mesti takut mengakui bahawa cinta telah tercipta juga untuk orang lain dan bukan diperuntukkan kepada seorang isteri sahaja.Maknanya suami itu tidak jujur pada dirinya sendiri apa lagi pada orang lain.Dia mementingkan dirinya sendiri.

Ada yang menyatakan bahawa dia tidak sanggup untuk melukai hati isteri dengan memberi
tahu akan kehendaknya menikah lagi.Apakah dengan menyembunyikan pernikahan itu dan di ketahui melalui orang lain itu tidak melukakan hati isteri?.Sudah menjadi lumrah manusia berita sejengkal menjadi seela dan dengan tambahan-tambahan penceritaan itu lah yang menyebabkan jantung isteri boleh putus masa itu juga.Mana mungkin isteri tidak marah dan berduka apabila berita tersebut sampai padanya.

Kebanyakan isteri tidak dapat menerima jika dimadukan,kerana tidak pernah dididik untuk menerima keadaan yang demikian.Hanya segelintir yang dapat menerima hakikat bermadu itu,itupun yang mempunyai ilmu agama yang kukuh.Punya suami yang juga punya ilmu agama yang kukuh,dapat membimbing isteri dan anak-anak dengan sempurna,mampu dari segala hal,dari segi tanggungjawab duniawi dan akhirat.

lsteri sentiasa memikirkan bahawa dia tidak sempurna atau tidak dicintai lagi apa
bila di madukan.Tidak tercapai pada fikirannya bahawa cinta seorang lelaki itu seperti sebuah lautan yang luas,kapal,bot,feri,sampan,perahu,kapal selam pun boleh masuk kedalamnya.ltulah fitrah lelaki boleh mencintai sebanyak-banyak wanita yang dikehendakinya dan lslam telah membolehkan menikahi empat orang isteri.

Allah telah menetapkan boleh beristeri hingga empat jika mampu tetapi bukan di jalankan secara rahsia dan tidak adil.Setiap isteri ada hak bersama dengan suami sama ada masa siang atau malam.Bukan bermakna bila beristeri baru ,isteri lama tidak dipedulikan lagi,tanpa nafkah,tanpa perhatian dan tiada hak bermalam.ltu memang tidak
adil.Kerana inilah ramai isteri yang menolak untuk dimadukan kerana cerita ketidak adilan pihak si suami kerap terdengar dan terlihat di mana-mana.

Memanglah biasanya isteri baru mendominenkan si suami kerana dia baru.Boleh merengek meminta itu dan ini,tetapi sebagai seorang isteri yang berkongsi suami dengan isteri lain dia harus sedar diri dan berusaha untuk memenuhi kuota berkongsi.Apa rasanya apabila satu masa nanti dia juga akan dimadukan.Pernah terjadi isteri kedua meminta cerai selapas dia dimadukan.Tak sanggup dia dimadukan sedangkan dia sendiri menjadi madu orang lain.Kenapa tidak dia juga menerima madunya seperti redanya simadu pertama
menerima dia seadanya.

Wahai isteri-isteri yang bermadu.Terimalah hakikat bahawa kamu dimadukan.Allah Melihat dan Mengetahui apa yang kamu lalui.Banyakkan sabar, jangan mendominenkan suami untuk kamu seorang,jangan meminta yang bukan-bukan ,jangan cuba menguasai suami untuk kamu sendiri,bersolat wajib dan solat sunat.Hormati madu-madu kamu ikut hiraki yang betul.lkut saluran yang betul untuk mengadu (Pejabat Agama dll).Jangan ikutkan hati dan rasa.Peringatkan suami yang tergelincir dari landasan keadilan dan tetap taat kepadanya jika dia tidak membuatkan kamu mensyirikkan Alllah.Didiklah anak-anak kamu sebaik-baiknya menjadi anak soleh dan solehah.

Wahai suami yang mengamalkan poligami.Sesungguhnya engkau telah menggunakan kurniaan
Allah yang istimewa kepada kamu.Tanggungjawab kamu juga istimewa.Bukan sekadar memberi makan,minum,pelajaran,bahkan bimbingan dalam agama juga terletak pada kamu terhadap isteri-isteri dan anak-anak.Kegagalan kamu akan terbawa ke akhirat dan balasan Allah amatlah berat.lngat dan lngat.Kalau terlepas di dunia maka tentulah di akhirat balasannya pula.

Kalau ada banyak anak dan isteri,
Kasih sayang,cinta ,hormat menghormati,
Keadilan dalam hidup mestilah diberi,
Barulah aman didunia ,di akhirat juga nanti.

No comments:

Post a Comment