

Cuaca masih terlalu panas di Langkawi,terlalu panas.Tiada hujan langsung yang turun.Cuma pada 7 Februari yang lalu ada tiga titik "nya".Bagaikan nak menari melihat gerimis yang kecil-kecil itu merembas turun tetapi berhenti tiba-tiba.
Lagi terasa bahang panasnya apabila kami "sekeluarga" dari pertubuhan NGO kami seramai 40 orang baru balik dari Cameron Highlands yang iklimnya begitu sejuk.Barulah kita tahu bahawa kurniaan Alllah begitu banyak kepada umatNya. Ada nikmat sejuk dan ada nikmat panas.
Sebenarnya perlulah kita menikmati dan bersyukor dengan apa yang Allah beri.Barulah kita berasa aman ,damai dan bahagia.
Walaupun panas,Langkawi masih dikunjungi oleh pelancong yang tidak putus-putus.Semalam saya tertawa-tawa melayan pelancong yang sama-sama memasuki lif di sebuah hotel.Saya bersikap ramah kerana warna kulit,bentuk wajah dan pakaiannya serupa macam yang saya pakai rupanya mereka dari Siam.Pelatnya pelat Petani,terpegun saya tetapi tetap bersyukor kerana orang dari negeri lain juga berkunjong ke sini.
Pagi tadi saya terkejut melihat ramai kaum Cina memasuki kedai makan kawan saya seorang Melayu.Mengambil makanan dengan bebas dan ceria bersembang.Malahan mereka bergurau dengan kami menanyakan adakah kami juga berhari raya dengan mereka.Saya menjawab ya. (keluarga kami bercampur aduk.Bapa mentua saya dari kaum Cina Siam,ibu mentua saya orang lndia.Saya juga campuran dari kaum Siam dan Jawa.Bahkan bapa dan emak saudara dan sepupu Cina kami masih bersilalatur rahim yang erat dengan kami .Walaupun cerita ini hanya berlegar dalam hati saya sahaja).
Meriah kami bercerita sambil makan dan betapa bersyukornya saya kerana hal ini.Kita hidup dalam bumi Malaysia ini tanpa prasangka,harmoni dan menghormati antara satu dan lain.lnilah salah satu elemen yang menjadi inti 1 Malaysia seperti acuan yang diingini oleh pemimpin kita.
kalaulah tidak ada "pengacau" yang mengambil kesempatan seperti yang ada di sekeliling kita,kita akan terus harmoni,aman damai dan selamat.
Sepatutnya semua orang tidak mengambil jalan pintas yang bahaya untuk faedah "kepartian" mereka.Biarlah penduduk memilih hidup yang aman dan damai tanpa persengketaan yang hendak ditimbulkan.Biarkanlah rakyat hidup dengan cara mereka sendiri.Aman ,damai bebas
dengan cara demokrasi.
Sekarang persiapan sedang rancak dibuat untuk pertandingan "lron Man".Ramai lagilah Langkawi selepas LIMA,pesta air dan pesta candat sotong.Cuma Le Tour de Langkawi sajalah yang tinggal namanya kerana pelumba itu tidak masukpun ke negeri-negeri di Utara seperti Perlis,Kedah dan Perak.Apa lagilah ke Langkawi.Patutnya dah tukar nama jadi Le Tour Tak P Langkawi.Baru betul.
as salam ma.. huiihh dah terrer lah ni,dah boleh tulis message baru... he he
ReplyDeleteboleh la sikit2...
ReplyDelete